Thursday, August 21, 2014

CARA PENYIMPANAN STOK EBM

Dalam entri saya kali ni, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang cara penyimpanan stok EBM kita yang terbaik agak kualiti EBM terjamin dan nutrein-nutrien yang ada di dalam EBM terjaga. Semoga kita semua dapat memberikan nutrien-nutrien dan zat yang terbaik untuk anak ya!

Cara Penjagaan dan Penyimpanan EBM:


1. Sentiasa simpan susu di dalam fridge sebelum diminum. Simpan di bahagian /rak teratas (bukan freezer) dan paling dalam (bukan di pintu). Ini bagi mengawal suhu susu supaya sentiasa sejuk. Tidak sesuai di simpan di bahagian paling luar fridge / dekat dengan pintu / di rak di pintu kerana kekerapan membuka fridge akan merubah suhu susu / suhu tidak stabil. 

2. Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat / mendidih) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu /menghilangkan / membunuh antibody dan nutrients yang terkandung di dalam susu. Air suam-suam panas adalah melalui nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.

3. Apabila susu telah sekali dipanaskan, susu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam fridge. Susu yang telah dipanaskan boleh tahan di dalam suhu bilik selama 2 jam jika baby belum minum / sentuh mulutnya di puting botol. Jika baby telah minum sikit tetapi tidak habis, susu boleh tahan 1 jam dari masa selepas dipanaskan. Baki susu yang melepasi masa harus dibuang. Susu yang telah dipanaskan sekali tidak perlu / boleh dipanaskan semula.

4. Susu dari botol-botol (bernombor) yang berlainan hanya boleh dicampurkan / disatukan hanya jika suhu susu di dalam botol-botol tersebut adalah sama. Contohnya jika ingin mencampurkan susu di dalam botol nombor 1 dengan susu di dalam botol nombor 2, pastikan suhu susu adalah sama. Contohnya kedua-dua botol nombor 1 dan nombor 2 sama-sama di dalam fridge atau sama-sama telah keluar dari fridge. Tidak boleh mencampurkan susu dari botol nombor 1 yang telah lama di keluarkan dari fridge dengan susu di dalam botol nombor 2 yang baru di keluarkan dari fridge - perbezaan suhu.

5. Turutan nombor di botol susu harus diikuti agar susu yang tidak disentuhi langsung (di dalam fridge) boleh disimpan / dibekukan untuk kegunaan masa akan datang. Kebiasaannya botol yang bernombor awal seperti 1, 2 dan 3 adalah stok susu beku (dari freezer) yang dicairkan dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam dari masa ianya cair. Jika susu ini tidak dihabiskan dan melepasi 24 jam, ianya haruslah dibuang, tidak boleh disimpan semula kerana telah luput. Manakala botol yang bernombor kemudian seperti 4, 5 dan 6 pada kebiasaannya adalah stok susu baru diperah (fresh) / chilled. 

6. Susu ibu mempunyai sel hidup dan kerana itu kawalan suhu sangat penting dalam mengendalikan susu ibu supaya segala nutrients di dalamnya terpelihara dan sampai ke baby.

7. Susu ibu jugak tidak boleh digoncang dengan kuat. Boleh digoyangkan botolnya dengan lembut (gentle swirl) untuk mencampurkan / melarutkan lemak yang terpisah.


DAYA KETAHANAN SUSU

a) Suhu bilik : 15 degrees, boleh tahan 24 jam
b) Suhu bilik : 19 degrees-22 degrees, boleh tahan 10 jam
c) Suhu bilik : 25 degrees, boleh tahan 4-5 jam
d) Dalam peti sejuk 2 pintu (fridge) : 0-4 degrees, boleh tahan 7-8hari (2 hari paling bagus untuk elak serapan  bau makanan lain)
e) Dalam freezer(bagi peti sejukjenis satu pintu) : boleh tahan 2 minggu
f) Dalam freezer(bagi peti sejuk 2/3 pintu) : boleh tahan 3-4 bulan
g) Deep freezer with constant temperature : -19 degrees, boleh tahan 6 bulan ++
h) Cooler bags/ box bersama icepacks : 0-4 degrees, boleh tahan 12-24 jam (bergantung kepada bilangan icepacks)


Okay, ini dalam bentuk gambarajah, senang nak faham sikit kan?




ISTILAH-ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

EBM = Expressed Breast Milk
Fresh EBM = Susu yang baru diperah
Chilled EBM = Susu yang sudah diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan (lemak akan terapung).
Frozen EBM = Susu yang disimpan di dalam tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

• bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
• bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
• breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
• bekas dadih - ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
• Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Kuantiti susu yang diperah
• Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran jika anda memberi minum dari bekas penyimpanan tersebut.

TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!!! JANGAN BUAT!!!

• JANGAN simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
• JANGAN penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
• JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
• JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
• JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
• Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
• Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kena pandai budget supaya tak membazir. 



Berminat dengan supplement Shaklee untuk membantu menambah susu badan dan memberikan kualiti yang terbaik untuk anak-anak?



Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

COMMENTS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...