Tuesday, September 16, 2014

TEKNIK POWER PUMPING

Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan tentang power pumping. Waktu saya menyusukan bayi-bayi saya, memang selalu saya amalkan teknik power pumping ni. Maklumlah, ada dua orang anak yang hendak disusukan. Mula-mula saya cukup risau kalau susu badan tidak mencukupi untuk anak-anak. Saya banyakkan baca, cari info bagaimana nak banyakkan susu. Memang macam-macam cara, termasuk ternik power pumping ni. Saya amalkan..dan memang tak mengecewakan! Alhamdulillah teknik power pumping ni memang membantu untuk tambahkan susu badan. Jadi jom kita baca dan fahamkan teknik power pumping ni..

Gambar sekadar hiasan.


Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

Nak tahu apa supplement yang saya ambil untuk bantu perjalanan breastfeeding saya?


Anda nak cuba?

Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, September 9, 2014

TESTIMONI PENYUSUAN : PENGALAMAN MENYUSUKAN KEMBAR BERSAMA SHAKLEE

Ibu-ibu di luar sana, bagaimana dengan perjalanan penyusuan bayi anda? Nampak mudah, bukan? Tapi mudah atau sukar, kita yang tentukan sendiri. Untuk entri pada kali ini, kami akan kongsikan pengalaman penyusuan ibu si kembar yang comel bersama Shaklee sebagai motivasi kepada ibu-ibu kuat di luar sana :)

Saya ditakdirkan Allah mendapat anak kembar.. Masa tau tu rasa macam dah fully prepared nak jage twin ni. Buat research sane sini, tanye kawan yang ade experience semua.
Tp saya lupa, lain bayi lain caranya. Turn out to be, waktu dalam pantang tu anak-anak saya sangatlah kuat nangis. Sikit sikit nangis. Saya memang niat nak fully menyusu badan. So bila diorang nangis, after check bende lain (kembung ke tak, pampers basah ke tak), and takde problem, so saya susukan diorang. Bayangkan! Last last tu saya yang jadi penat sangat..dah takde energy dah kate orang. Yela, siang malam macam tu. Tido pun macam tak tido sangat..
Time tu suami saya dah suggest utk pakai susu formula sebab kesian tengok saya macam tu. Dah jadi macam patung bernyawa pun ada (hyperbola sket. Aha). Saya tak nak..nak jugak menyusu badan. Time tu baru la saya usha sane sini tengok macam mana cara nak banyakkan susu (takut diorang tak kenyang) and badan still bertenaga. And after doing some research, saya ambil keputusan untuk cuba Shaklee. Memang sebelum ni dah banyak kali dengar pasal Shaklee, tapi tak terfikir nak ambil.
Saya start dengan mengambil Set Penyusuan Lengkap Shaklee (vita C, vit B, Vitalea, Ostematrix, Alfalfa) dan kemudian tambahkan lagi dengan ESP. Perubahan yang ketara jugak dialami. Badan cergas walaupun fully bf, susu Alhamdulillah mencukupi utk si kembar - pekat dan mengenyangkan! Alhamdulillah, saya tau dan yakin yang saya dah buat keputusan yang tepat dengan memilih Shaklee..
Si kembar Shaklee

#shakleeeffect #s2uFamilies #s2united

Berminat untuk dapatkan hasil seperti ini? Cepat-cepat hubungi kami untuk maklumat lanjut ya!

Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, September 8, 2014

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SUSU IBU

Hai ibu-ibu gojes di luar sana!

Selalu saya tekankan tentang penyusuan ibu kan. Tapi ada juga di kalangan kita yang tak sedar dan tak aware betapa bernilainya susu badan a.k.a susu ibu kepada anak-anak kita. Jadi untuk entri kali ni, saya akan kongsikan dengan pembaca semua tentang istimewanya susu ibu kepada bayi.



TAHUKAH ANDA?


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi 

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu 

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.



[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]


Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman

Jadi anda di luar sana, pasang niat dan tekadkan hati anda untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak!

Nakkan supplement untuk membantu usaha penyusuan anda?



Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 
Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, August 28, 2014

JADUAL PAM SUSU BAGI IBU BEKERJA

Ibu bekerja sering dalam dilema untuk pam susu sewaktu di ofis. Banyak kes susu merudum apabila si ibu mula bekerja kerana payudara tidak di stimulateuntuk menghasilkan susu dengan kerap.
Yelah…  Kalau sibuk sangat di ofis, nak pam macam mana? Nak pam mestilah nak kena duduk di bilik khas atau surau, kan?
Jadi saya terlintas hari ini untuk berkongsi Jadual Pam Susu yang khas untuk mereka yang bekerja di ofis (Credit to diaryofmuhammad.com). Jadual ini boleh memudahkan anda untuk track stock susu dan juga berapa yang diminum setiap hari oleh anak anda.
(Link download di akhir entri ini)


Kalau terlalu sibuk, macam mana?”
Saya cadangkan ibu yang terlalu sibuk bekerja sampai tiada masa untuk pam, boleh lah melabur sedikit untuk membeli breastpump jenis freestyle seperti Medela Freestyle atau Spectra.
Breastpump jenis freestyle sangat bagus kerana anda boleh melakukan aktiviti pumping di meja sambil membuat kerja ofis. Tak perlu pegang. Tak bising. Sangat portable.
Medela Freestyle
Medela Freestyle
Tips Penting!
1. Fahami Konsep Supply = Demand
Lagi banyak demand susu dari payudara, lagi banyak tubuh kita akan menghasilkan (supply) susu. Kalau di rumah, baby akan demand secara semulajadi.
Jadi kalau di tempat kerja, kita yang perlu merangsang sendiri penghasilan susu mengikut waktu yang kita rasa sesuai. Pastikan selang masa untuk setiap aktiviti pumping adalah sekitar 2-3 jam, dan setiap sesi selama 15 ke 20 minit atau sehingga payudara betul-betul kosong.

2. Pastikan Emosi Tenang 
Bila fikiran tenang dan relax, barulah susu boleh mengalir dengan lancar. Kalau susah sangat susu nak keluar, cuba tatap gambar anak anda atau record & dengar suara anak anda sewaktu mengepam susu.
Perkara-perkara seperti ini boleh membantu merangsang tubuh kita untuk menghasilkan susu.

3. Pam Ikut Rutin Harian Anak Anda
Seboleh mungkin, cuba adjust jadual pam susu anda untuk mengikut rutin anak anda semasa dalam pantang.
Kalau dalam pantang baby minta susu jam 730 pagi, jadi seeloknya di tempat kerja pun, kita pam jam 730 pagi. Sebabnya payudara dah ‘dijadualkan’ untuk menghasilkan susu ikut jadual baby. Kalau tak ikut, lama- lama susu boleh berkurang.
Apapun, jangan risau. Bila dah masuk tempat kerja, kita boleh reset jadual untuk payudara hasilkan susu. Ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Pada waktu malam, anda digalakkan untuk pam sambil melakukan direct feeding (sebelah pam, sebelah breastfeed). Waktu ini adalah waktu anda paling tenang, jadi susu boleh flow dengan banyak.
Semoga tips & panduan ringkas ini berguna untuk anda!
Happy Breastfeeding :)

[Note Kaki]: Softcopy dalam format Excel untuk Jadual Pam Susu di atas boleh di download di sini.

Berminat dengan supplement Shaklee untuk membantu menambah susu badan dan memberikan kualiti yang terbaik untuk anak-anak?



Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 


Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, August 21, 2014

CARA PENYIMPANAN STOK EBM

Dalam entri saya kali ni, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang cara penyimpanan stok EBM kita yang terbaik agak kualiti EBM terjamin dan nutrein-nutrien yang ada di dalam EBM terjaga. Semoga kita semua dapat memberikan nutrien-nutrien dan zat yang terbaik untuk anak ya!

Cara Penjagaan dan Penyimpanan EBM:


1. Sentiasa simpan susu di dalam fridge sebelum diminum. Simpan di bahagian /rak teratas (bukan freezer) dan paling dalam (bukan di pintu). Ini bagi mengawal suhu susu supaya sentiasa sejuk. Tidak sesuai di simpan di bahagian paling luar fridge / dekat dengan pintu / di rak di pintu kerana kekerapan membuka fridge akan merubah suhu susu / suhu tidak stabil. 

2. Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat / mendidih) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu /menghilangkan / membunuh antibody dan nutrients yang terkandung di dalam susu. Air suam-suam panas adalah melalui nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.

3. Apabila susu telah sekali dipanaskan, susu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam fridge. Susu yang telah dipanaskan boleh tahan di dalam suhu bilik selama 2 jam jika baby belum minum / sentuh mulutnya di puting botol. Jika baby telah minum sikit tetapi tidak habis, susu boleh tahan 1 jam dari masa selepas dipanaskan. Baki susu yang melepasi masa harus dibuang. Susu yang telah dipanaskan sekali tidak perlu / boleh dipanaskan semula.

4. Susu dari botol-botol (bernombor) yang berlainan hanya boleh dicampurkan / disatukan hanya jika suhu susu di dalam botol-botol tersebut adalah sama. Contohnya jika ingin mencampurkan susu di dalam botol nombor 1 dengan susu di dalam botol nombor 2, pastikan suhu susu adalah sama. Contohnya kedua-dua botol nombor 1 dan nombor 2 sama-sama di dalam fridge atau sama-sama telah keluar dari fridge. Tidak boleh mencampurkan susu dari botol nombor 1 yang telah lama di keluarkan dari fridge dengan susu di dalam botol nombor 2 yang baru di keluarkan dari fridge - perbezaan suhu.

5. Turutan nombor di botol susu harus diikuti agar susu yang tidak disentuhi langsung (di dalam fridge) boleh disimpan / dibekukan untuk kegunaan masa akan datang. Kebiasaannya botol yang bernombor awal seperti 1, 2 dan 3 adalah stok susu beku (dari freezer) yang dicairkan dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam dari masa ianya cair. Jika susu ini tidak dihabiskan dan melepasi 24 jam, ianya haruslah dibuang, tidak boleh disimpan semula kerana telah luput. Manakala botol yang bernombor kemudian seperti 4, 5 dan 6 pada kebiasaannya adalah stok susu baru diperah (fresh) / chilled. 

6. Susu ibu mempunyai sel hidup dan kerana itu kawalan suhu sangat penting dalam mengendalikan susu ibu supaya segala nutrients di dalamnya terpelihara dan sampai ke baby.

7. Susu ibu jugak tidak boleh digoncang dengan kuat. Boleh digoyangkan botolnya dengan lembut (gentle swirl) untuk mencampurkan / melarutkan lemak yang terpisah.


DAYA KETAHANAN SUSU

a) Suhu bilik : 15 degrees, boleh tahan 24 jam
b) Suhu bilik : 19 degrees-22 degrees, boleh tahan 10 jam
c) Suhu bilik : 25 degrees, boleh tahan 4-5 jam
d) Dalam peti sejuk 2 pintu (fridge) : 0-4 degrees, boleh tahan 7-8hari (2 hari paling bagus untuk elak serapan  bau makanan lain)
e) Dalam freezer(bagi peti sejukjenis satu pintu) : boleh tahan 2 minggu
f) Dalam freezer(bagi peti sejuk 2/3 pintu) : boleh tahan 3-4 bulan
g) Deep freezer with constant temperature : -19 degrees, boleh tahan 6 bulan ++
h) Cooler bags/ box bersama icepacks : 0-4 degrees, boleh tahan 12-24 jam (bergantung kepada bilangan icepacks)


Okay, ini dalam bentuk gambarajah, senang nak faham sikit kan?




ISTILAH-ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

EBM = Expressed Breast Milk
Fresh EBM = Susu yang baru diperah
Chilled EBM = Susu yang sudah diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan (lemak akan terapung).
Frozen EBM = Susu yang disimpan di dalam tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

• bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
• bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
• breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
• bekas dadih - ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
• Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Kuantiti susu yang diperah
• Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran jika anda memberi minum dari bekas penyimpanan tersebut.

TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!!! JANGAN BUAT!!!

• JANGAN simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
• JANGAN penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
• JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
• JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
• JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
• Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
• Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kena pandai budget supaya tak membazir. 



Berminat dengan supplement Shaklee untuk membantu menambah susu badan dan memberikan kualiti yang terbaik untuk anak-anak?



Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, August 18, 2014

TIPS MENJAGA ANAK DEMAM

Anak demam?



Dalam entri kali ni, saya nak share dengan pembaca semua tips untuk menjaga anak demam.

♥ Pastikan si manja sentiasa terhidrat dengan meminum banyak air kosong atau susu. Jika anak kurang berselera, cuba berikan makanan yang berbentuk cecair seperti sup atau bubur yang mudah dihadam sedikit demi sedikit;

♥ Anda perlu memastikan mereka diberi ubat seperti yang dijadualkan. Antibiotik yang dibekalkan perlu dihabiskan;

♥ Lapkan tubuh si kecil dengan kain basah jika suhu badannya meningkat dengan mendadak;

♥ Suhu badan si kecil yang demam akan lebih tinggi pada waktu petang dan malam.

Dengan Shaklee:

♥ Jika selalu selsema dan demam,boleh mencuba Mealshake pada anak-anak berusia 1 tahun keatas..Tak perlu hari-hari pun..3-4 kali seminggu dah memadai..campur je dalam susu, satu sudu kecil..sedap sebab mealshake ni perisa vanila dan sangat wangi. Didatangkan dalam bentuk serbuk, lengkap dengan kandungan multivitamin dan protein..jadi senanglah nak bagi:)

♥ Untuk bayi/anak2 yang masih breastfeed, susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat yea..Contohnya jika anak demam/batuk/selsema.ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua (satu tablet mengandungi 500mg vitamin c, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1jam..tapi bila sakit badan memerlukan lebih vitamin C, jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahankan badan dari penyakit..nak senang boleh amik vitamin C 100mg..tak payah patahkan:)

Nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee?

Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, August 16, 2014

TIPS MENYEDIAKAN BEKALAN SUSU UNTUK PENGASUH

Khas untuk ibu-ibu bekerja di luar sana.

Tentu ramai kan ibu-ibu di luar sana yang menghantar si kecil ke rumah pengasuh kerana bekerja?

Dan berapa ramai antara kita yang selalu risaukan bekalan susu yang dihantar tak mencukupi?



Tahu tak?

Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif secara puratanya minum susu, 25 oz (750ml) sehari ketika dia berusia antara satu bulan hingga enam bulan. Namun, amaun susu yang diminum setiap bayi adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh yang demikian, purata bayi menyusu adalah 19 hingga 30 oz (570 hingga 900ml) sehari.

Berdasarkan maklumat tersebut, anda dapat menggunakannya untuk menganggarkan purata susu yang bayi perlukan setiap hari. Anggarkan kekerapan bayi menyusu dalam sehari kemudian bahagikan dengan 25 oz. Jumlahnya memberi angka ballpark bagi amaun susu ibu perahan yang bayi perlukan bagi setiap sesi penyusuan. 

Sebagai contoh, jika bayi biasanya menyusu sekitar lapan kali sehari, anda boleh mengagak yang bayi mungkin memerlukan sekitar 3 oz bagi setiap sesi penyusuan apabila tidak bersamanya (25/8 = 3.1).

Anda juga boleh mengira berdasarkan kiraan berat bayi dalam kilogram didarabkan dengan 2.5 sama dengan amaun dalam ounces bagi jangka masa 24 jam. Jadi, anda berupaya menganggarkan jumlah susu yang diperlukan dalam tempoh 24 jam dan kemudian mengira berdasarkan kekerapan penyusuan. 

Contohnya dengan berat 9 kilogram, bayi memerlukan kira-kira 9 x 2.5 = 22.5 ounces per 24 jam. Jadi, jika dia memerlukan 10 kali penyusuan setiap hari, maka bayi anda memerlukan 22.5 ounces setiap har dibahagikan dengan 10 kali penyusuan menjadikannya 2.25 ounces bagi setiap satu kali penyusuan.

Berdasarkan maklumat di atas, anda boleh membuat anggaran jumlah susu yang diperlukan berdasarkan berat bayi anda.

Mudah bukan?

Sumber : Pa&Ma

Nak tahu tentang Set Penyusuan Shaklee?



Whatsapp / Call / SMS: 
Ayuaz ~ 0126879546 
Zaufee ~ 0177169026 

Email : ayuaz.ixora@gmail.com 

Your Shaklee Independent Distributor (SID 889093) 

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...